Friday 2 December 2011

Mulianya hati si Dia :')

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

"Mak, later masukkan duit sikit"
" Eh,kan mak dah bagi minggu lepas. Dah habis ke?"
"Heee.....makan banyak mak minggu ni. Belanja makan je dengan duit minyak kereta berjalan.hahaha"
"Okay, nanti petang mak masukkan ya"

**Tersenyum aku :) tak pernah dia mengecewakan aku dan aku tak mahu mengecewakan hati si dia.

Mak, lately...Anna rindukan mak.sorry tak balik rumah sebab fikir mak busy dengan kerja. Mak kerja kuat cari rezeki. Outstation sana sini. Takpe mak, Anna faham.. Anna kat sini pun busy dengan studies. Mak,terima kasih :') Nanti Anna balas semuanya.InsyaAllah mak. Doakan Anna berjaya dunia akhirat. Kasihmu ke syurga. Anna sayangkan mak.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil. Berilah kesejahteraan kepada mereka, kebahagiaan kepada mereka kerana aku tiada siapa lagi selain mereka. Walaupun aku dilahirkan tanpa adik beradik, aku tetap bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup di dunia yang fana ni.
Amin :)

                                                                       I love you, mak :')

2 comments: