Saturday 10 December 2011

Rain in the little heart

Bismillahirahmanirahim

Di waktu ini, hujan turun dengan amannya membasahi bumi. Rahmat daripada Allah S.W.T itu sedang menyejukkan bumiNYA. pasti,makhluk yg bernama katak keriangan bermain di dalam hujan...

Namun, disebalik keriangan tersebut . . . .

Tersingkap seribu perasaan yang menyelubungi diri ini. Ibarat hujan membasahi bumi begitulah juga tangisan di dalam hati ini. Ya Allah, pedihnya memendam perasaan ini.Seksanya perasaan.ini menahan segala kesakitan yang tiada siapa mengetahuinya kecuali diriMu Ya Allah yang Maha Mengetahui di setiap lubuk hati manusia yang kecil ini. Aku berharap, aku dapat sabar dalam menahan perasaan ini kerana aku mahukannya menjadi yang istimewa buat kekasih hati yang tidak ku ketahui.Tiba-tiba, airmata membasahi pipi. Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini untuk mengenal cinta yang sebenar, cinta yang sejati dariMu Ya Allah yang memiliki cinta yang agung yang menguasai segala yang ada di dunia dan di akhirat.

1 comment: